Perkelahan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika bermandi di Sungai Syiling Peretak, di Kuala Kubu Bharu, pada tengah hari Jumaat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jentera dari balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.21 tengah hari selepas menerima panggilan kecemasan.